Elak Rohingya bermaharajalela, penguat kuasa DBKL kawal Pasar Borong Selayang tiap hari


  • Primer
  • Isnin, 20 Feb 2023

Etnik Rohingya dilihat melakukan perniagaan di sekitar Pasar Borong Selayang pada Mac 2020.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat kajian terperinci mengenai cadangan menempatkan penguat kuasa di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur, di ibu negara, setiap hari.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, penempatan penguat kuasa DBKL di kedua-dua pasar itu jika dilaksanakan kelak boleh menghindari etnik Rohingya daripada berniaga semula di kawasan itu, walaupun telah diserbu beberapa kali sebelum ini.

"Kajian ini dibuat berdasarkan cadangan daripada peniaga dan orang awam di sana, yang berharap agar perkara ini dapat diatasi dengan segera.

"Bagaimanapun, kita masih perlu mengambil perhatian mengenai beberapa perkara seperti kekuatan anggota yang kita ada, agar ia tidak menimbulkan masalah lain pula," katanya kepada pemberita, selepas merasmikan Program Minggu Harmoni 2023, di Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurutnya, hasil kajian itu, DBKL berharap satu program yang lebih komprehensif berkaitan penguatkuasaan di dua pasar berkenaan dapat dijalankan agar ia dapat memberi kesan yang positif dan berkesan.

file6ah0wj6twbn14284kk7v

Sesi aktiviti jual beli etnik Rohingya di sekitar Pasar Borong Selayang pada Jun 2013.

Pada masa ini, Mahadi berkata, DBKL sentiasa memantau pergerakan peniaga etnik Rohingya ini melalui penggunaan kamera litar tertutup (CCTV).

Sementara itu, Mahadi berkata, Program Minggu Harmoni 2023 bertemakan "Malaysia Madani dalam Kepelbagaian Agama" merupakan satu platform perkongsian pintar bagi mewujudkan interaksi sosial yang efektif.

Mahadi berkata, melalui pendekatan menyeluruh dan vibrant yang mencakupi aspek pembinaan jati diri, beliau yakin, program itu mampu melahirkan warga kota berkeyakinan dan berketerampilan, selain saling menghormati dan menghargai perbezaan kaum, agama dan budaya.

Terdahulu, Majoriti melaporkan, Mohd Sophian Mohd Zain lantang menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap pihak berkuasa, berikutan tidak mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang berniaga di sekitar kawasan Pasar Borong Selayang.

1941834

Tangkap layar video memaparkan Mohd Sophian hadir meninjau keadaan di Pasar Borong Selayang baru-baru ini.

Keberanian Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang itu menjadi bualan warga maya, selepas videonya berdepan peniaga warga asing tular di media sosial.

Malah, Mohd Sophian juga menunjukkan papan tanda yang melarang aktiviti perniagaan dijalankan di bahu jalan, lalu mempersoalkan alasan warga asing dibenarkan melakukan perkara yang dilarang?

Dalam video berasingan, Mohd Sophian dipercayai dikepung oleh beberapa warga Rohingya yang dilihat tidak berpuas hati dengan tindakannya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram