[VIDEO] Pasangan sejoli Rohingya biadab, 'ringan-ringan' belakang Proton Waja di tempat terbuka Segamat


  • Tular
  • Rabu, 23 Nov 2022

Tangkap layar sepasang kekasih warga Rohingya saling berpelukan dan bermesraan di sebuah kawasan terbuka.

TINDAKAN biadab sepasang kekasih dipercayai warga Rohingya melakukan perbuatan terkutuk di belakang boot kereta di Segamat, Johor mengundang perhatian ramai.

Insiden itu nyata menimbulkan pelbagai spekulasi dan kemarahan warganet di laman media sosial susulan dakwaan mereka tidak menghormati peradaban masyarakat di negara ini.

Meskipun cuba berselindung di belakang sebuah kereta, tindakan mereka masih terlihat apabila rakaman itu dikongsikan di laman TikTok.

Berdasarkan video tersebut, pasangan sejoli itu mula berpelakuan tidak senonoh sebaik wanita berjubah hitam itu dilihat baring dan bersandar di pangkuan riba lelaki terbabit.

Meskipun ia dilakukan di kawasan terbuka dan tempat awam, pasangan itu kelihatan saling berpelukan dan bermesraan di lokasi kejadian.

Tidak dihentikan oleh mana-mana pihak, pasangan itu dipercayai terus melakukan perbuatan terkutuk itu selepas video rakaman berkenaan dihentikan.

Lebih memalukan, kedua-dua suspek dipercayai beragama Islam berdasarkan cara berpakaian dan rupa paras mereka, sekali gus mengundang kemarahan dalam kalangan warganet.

Menerima lebih 15,000 jumlah tontonan, rata-rata mengecam isu berkenaan.

"Semakin dibiarkan semakin berani warga Rohingya sekarang, datang Malaysia buat perkara terkutuk macam tak ada rasa takut langsung mereka ini," kata Mohd Zainul.

"Memalukan betul, dah la pakai jubah tapi boleh pulak buat benda tak senonoh dekat tempat terbuka," jelas Syafiq906.

"Rohingya tak hormat kita dah sekarang, datang sini kerja semua dapat bantuan pun dapat jadi dah takda apa lagi yang mereka nak takutkan," tambah HaifaAiza.

Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan, Malaysia dibimbangi menjadi negara lambakan pelarian apabila data terbaharu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Malaysia menunjukkan lebih 182,000 pelarian dan pemohon suaka dari 50 negara dengan tertinggi adalah etnik Rohingya dari Myanmar.

Susulan itu, lambakan warga Rohingya di negara ini dikhuatiri bakal mengakibatkan konflik dan kos tinggi yang perlu ditanggung pihak kerajaan terutamanya daripada sudut kesihatan dan kewangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram