[VIDEO] Pemuda misteri tiba-tiba muncul tengah ‘highway’ cetus tanda tanya


  • Tular
  • Rabu, 08 Feb 2023

Tangkap layar seorang pemuda lelaki melintas secara merbahaya di LDP pada Selasa malam.

SEORANG pemuda lelaki yang melintas di sebuah lebuh raya dipercayai di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada Selasa malam mengundang perhatian ramai.

Perbuatan individu berkenaan yang melintas tanpa menghiraukan kenderaan telah meninggalkan seribu satu persoalan buat majoriti warganet yang risaukan keselamatan lelaki itu.

Paling ditakuti sekiranya kemalangan ataupun kecederaan yang mungkin boleh terjadi kepada pemuda terbabit sekiranya tindakan itu menjadi kebiasaan.

Dirakamkan menerusi kamera dashcam, insiden itu dikongsikan di laman Facebook dan mula tular sejak Rabu malam.

Hykiko Onryo berkata, individu terbabit mungkin tidak waras dan terlepas ke laluan berkenaan.

"Kalau dia normal takkan dia berjalan di kawasan bahaya macam itu, melintas pun tak tengok kiri kanan," ujarnya.

"Orang gila ke tu, ada kes dekat LPT sebelum ni orang kurang siuman melintas dekat lebuh raya, nasib tak kena langgar," kata Bella Jusoh.

"Sebelum ni rasanya dekat Jalan Ampang ada warga asing dengan kepala berdarah main terjah tengah jalan minta tolong, ni nasib tak buat benda sama," tambah Ainur Faris.

Belum ada sebarang kenyataan polis dilaporkan berhubung kejadian itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta hadir ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram