Mangsa kemalangan sudah dikesan waris, kini dirawat di Hospital Seberang Jaya


  • Tular
  • Rabu, 08 Feb 2023

Pemuda yang dilaporkan terlibat dalam kemalangan sudah ditemui waris dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

SEORANG lelaki yang kemalangan di sebuah jalan raya dekat Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ahad dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Mangsa juga sudah ditemui waris meskipun sebelum ini dilaporkan tidak dapat dikesan ahli keluarganya.

Menurut pihak hospital, mangsa sudah didaftarkan di wad sejak Ahad lalu dan keadaan kini dilaporkan semakin stabil dengan rawatan masih diberikan.

lass

Kad pengenalan mangsa yang dijumpai di lokasi kemalangan.

Jurucakap pihak hospital berkata, waris sudah berada di sisi mangsa sebaik mereka dihubungi dan laporan berkenaan ketiadaan waris itu mungkin dibuat pada hari kejadian.

"Ibu dan keluarga mangsa sudah berada di hospital dan pesakit juga berada dalam keadaan stabil.

"Tetapi masih belum boleh dibenarkan keluar wad kerana rawatan masih dijalankan," katanya kepada Majoriti.

Ketika ditanya soal kejadian yang menimpa mangsa, pihak keluarga enggan mengulas lanjut hal itu dan doktor pesakit juga melarang sebarang maklumat lanjut dikongsikan buat masa sekarang.

Terdahulu, tular rakaman audio di aplikasi WhatsApp berhubung insiden yang menimpa mangsa, selain dikhabarkan tidak dapat dikesan waris dan ahli keluarga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram