SAINS sememangnya diakui sebagai salah satu aliran dan subjek yang bukannya diminati semua pelajar sekolah.
Ini kerana rata-rata pelajar sekolah berpendapat silibusnya itu sukar difahami.
Hal tersebut kerap dibincangkan oleh ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Ramai yang mengambil langkah selamat untuk memilih aliran sastera.
Namun begitu, benarkah silibus pembelajaran semakin sukar? Pakar Obstetrik Hospital Pakar KPJ, Dr Imelda Balchin pada Isnin meluahkan kerisauan selepas melihat soalan subjek Sains yang dirangka untuk pelajar Tingkatan Enam.
Dia turut menyifatkan soalan tersebut terlalu sukar untuk pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Sains.
Manakan tidak, soalan tersebut untuk silibus doktor-doktor pelatih di dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi.
"Betul ke ini soalan yang ditanya kepada budak sekolah?
Pakar Obstetrik Hospital Pakar KPJ, Dr Imelda Balchin. — Facebook
"Kalau awak tanya pelajar perubatan pun mereka akan gagal menjawab soalan ini tau sebab bagaimana nak buat rawatan kesuburan in-vitro (IVF) bukan di dalam silibus pelajar perubatan.
"Kami professor perubatan pun tak tanya pelajar perubatan di univeristi soalan ini. Kalau awak tanya pakar orthopedic, pakar mata, pakar jantung pun mereka tak boleh jawab soalan ini.
Ini ialah soalan untuk silibus doktor-doktor pelatih di dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi," tulisnya.
Imelda juga berpendapat, individu yang memilih soalan berkenaan mungkin mengalami masalah kesuburan.
"Nampak sangat orang yang reka soalan ini ada masalah kesuburan dan kena buat rawatan IVF. Hanya dia saja yang tahu kenapa doktor IVF kata tak boleh transfer embrio dan semasa dia reka silibus budak-budak sekolah ni, dia tak habis lagi fikir kenapa dia tak mengandung lagi sampai keluar soalan seperti ini untuk pelajar sekolah.
"Haru (pening) budak itu. Susah kerja doktor-doktor. Bila tak bagi penjelasan kepada pesakit pun pesakit tak puas hati. Bila beri penjelasan kepada pesakit, tiba-tiba budak sekolah pula jadi mangsa.
"Jangan buat seperti itu, penjelasan doktor kepada pesakit bukan level budak sekolah kena tahu," tulisnya.
Doktor yang lantang menyuarakan pendapat dalam media sosial itu turut menasihatkan agar pelajar diajar menggunakan sukatan pelajaran yang betul.
"Ajarlah bagaimana boleh hamil melalui pendidikan seks supaya mereka faham. Ajarlah janin membesar di dalam rahim, bukan di dalam perut.
"Ajarlah apa yang anda makan masuk ke dalam perut dan bukan ke dalam rahim. Ajarlah apa yang ibu hamil makan tidak menentukan jantina anak di dalam kandungan. Ajarlah apa yang ibu hamil makan tidak menentukan warna kulit anak.
"Ajarlah jika ada masalah kesihatan berjumpalah dengan doktor di klinik bukan tanya makcik bawang dan percaya kepada penjual produk. Kemudian sekat penjual produk minda overclaim mengarut tu dari menjual di sekolah,"
"Tak payah ajar bagaimana nak buat rawatan IVF. Banyak benda lain yang lebih berfaedah yang mereka perlu belajar," tulisnya dengan sinis.
Hasil pemerhatian Majoriti dalam ruangan komen hantaran Imelda, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat doktor tersebut.
Ada juga yang menyarankan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima teguran tersebut dan menilai semula sistem pembelajaran yang diterapkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram