Kredibiliti sebagai pemimpin, antara 3 sebab Tengku Zafrul layak bertanding dalam Umno


  • Politik
  • Rabu, 01 Feb 2023

Tengku Zafrul dilihat berpotensi besar untuk bertanding jawatan MKT Umno.

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merupakan figura yang tidak asing lagi dalam kancah politik negara. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB memulakan tugasnya dalam kerajaan dengan menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan selepas dilantik oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2020.

Pelantikanya itu juga melakar detik tersendiri dari segi keanggotaan kabinet kerana pendekatan yang berbeza daripada amalan sebelum ini.

Sejak itu, nama Tengku Zafrul terus meniti di bibir masyarakat kerana caranya menerajui kementerian tersebut lagi-lagi ketika pandemik Covid-19 melanda negara mendapat pujian rakyat.

Walaupun kalah tipis untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor dengan pencabar terdekat Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), namun dia dilantik semula dalam Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tengku Zafrul yang menganggotai Umno pada tahun 1997 bertanding buat kali pertama pada PRU-15 kerana mahu terlibat secara aktif dalam kancah politik.

Rentetan itu, beliau yang juga Ahli Umno Bahagian Kota Raja menyatakan hasrat menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, menjelang pemilihan parti akan datang.

Anwar (left) and Lee (right) witness two cooperation frameworks involving cooperation in the digital economy and green economy that were signed by Tengku Zafrul and Gan.

Kepimpinan Tengku Zafrul yang mesra rakyat dan dikenali oleh pemimpin lain dari dalam serta luar negara juga memberi kelebihan bagi beliau untuk bertanding dalam MKT Umno.

Berikut tiga faktor Tengku Zafrul disebut-sebut layak bertanding dalam MKT Umno:

1. Menyegarkan kepimpinan tertinggi Umno

Keputusan Tengku Zafrul aktif dalam bidang politik memberi satu dinamik baharu kepada Umno yang didominasi kebanyakan pemimpin 'kuda tua'.

Ketandusan pemimpin berkaliber dalam Umno dapat memberi ruang kepada Tengku Zafrul menyuntik kesegaran di tampuk kepimpinan tertinggi parti.

Pada masa sama dengan pemecatan Khairy Jamaluddin daripada parti tersebut baru-baru ini, Umno semestinya memerlukan pemimpin yang segar dan berjiwa muda.

2.Kredibiliti sebagai pemimpin

Kepimpinan Tengku Zafrul yang mesra rakyat dan dikenali oleh pemimpin lain dari dalam serta luar negara juga memberi kelebihan bagi beliau untuk bertanding dalam MKT Umno.

Selain itu, rakyat juga memerlukan seorang yang realistik untuk berjuang demi agama dan bangsa dalam Umno.

Di peringkat kementerian, Tengku Zafrul adalah pemimpin yang memiliki aura tersendiri kerana memiliki portfolio penting dalam kabinet.

3.Memulihkan imej Umno

Tengku Zafrul bukanlah orang asing dalam parti Umno itu sendiri. Sebagai 'orang lama' tentunya Tengku Zafrul mempunyai kelebihan untuk meraih sokongan akar umbi.

Sehubungan itu, calon seperti Tengku Zafrul dilihat dapat membantu merawat, memulih dan membangunkan semula Umno agar ia kembali diyakini oleh rakyat.

Berdasarkan tiga faktor tersebut, adalah lebih baik supaya Umno supaya tidak mengamalkan tradisi lama dan membuka peluang kepada calon lain bertanding jawatan MKT pada pemilihan akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram