Tak hantar e-pelaporan j-QAF, guru cemerlang kecewa mungkin berdepan tindakan tatatertib


  • Massa
  • Sabtu, 28 Jan 2023

Ada guru mendakwa mengalami kerosakan laptop berikutan tidak memasang aplikasi 'downgrade' terbabit. — Gambar hiasan

SEORANG guru bakal dipanggil bahagian administrasi berikutan tidak menghantar maklumat ke dalam sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF di bawah kendalian Kementerian Pendidikan (KPM).

Mendedahkan perkara itu, guru pempengaruh, Mohd Fadli Salleh mendakwa, guru terbabit kemungkinan besar akan dipanggil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta tidak mustahil dikenakan tindakan tatatertib.

Jelas Mohd Fadli, rakannya tidak menghantar maklumat ke dalam sistem tersebut kerana memerlukannya untuk menurunkan versi atau 'downgrade' komputer riba miliknya.

"Semua laptop dia versi terkini. Buat apa nak downgrade?

"Lebih malang lagi, jika nak downgrade kena install (pasang) apps 32 bit pirate. Sistem pirate ni sama macam mencuri dan menipulah. Dia ustaz kot, dok ajar murid-murid agar jujur, ikhlas, bercakap benar. Sekali orang atasan suruh menipu dan mencuri apps pirate hanya untuk siapkan e-Pelaporan ini," katanya menerusi laman Facebook.

Tambahnya, terdapat rakan mereka yang berdepan masalah kerosakan laptop berikutan tidak memasang aplikasi menurunkan versi tersebut.

Justeru, Mohd Fadli mempersoalkan tentang pihak yang bakal bertanggungjawab jika berlaku kerosakan dan kerugian tersebut.

"Kawan aku memang berkeras tak nak downgrade laptop dia. Katanya, lantakkan la PPD ke, JPN ke, KPM ke panggil. Dia nak hadap dan jawab. Apa benda suruh downgrade bagai dan perlu pakai apps pirate ni?

"Harap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ambil maklum isu ini.

"Jika kawan aku ni dikenakan tindakan, memang aku akan buat solidariti untuk beliau. Kerana pada aku tindakan dia adalah betul," tulisnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram