SEORANG pemandu warga asing berkereta Proton X70 berkelakuan biadab apabila meninggikan suara dan menggunakan kekerasan terhadap pemandu lain di Pulau Pinang pada Ahad.
Ketika kejadian, kedua-dua individu berkenaan dipercayai bertembung di laluan sama yang sekali gus mengakibatkan berlaku perselisihan faham antara mereka.
Enggan mengundurkan kereta, warga asing berbaju hitam dan berseluar pendek itu mula meninggikan suaranya selepas berkeras untuk meneruskan perjalanan di laluan terbabit.
Situasi kian meruncing apabila lelaki tersebut kemudiannya dicekik dan ditolak ke dalam keretanya ketika kejadian.
Tersentak dengan perkara itu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan masih mengekalkan kesabarannya selepas tidak membalas sebarang tindakan ganas tersebut.
Berjaya ditenangkan oleh si isteri, pergaduhan itu kembali reda selepas lelaki terbabit terpaksa akur dan terus beredar dari lokasi berkenaan.
Dalam pada itu, mangsa turut sempat merakamkan nombor pendaftaran kenderaan berwarna merah tersebut dengan harapan insiden itu meraih perhatian ramai di laman media.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki warga asing itu.
"Kurang ajar warga asing sekarang ni, datang negara kita tunjuk samseng, besar kepala siap berani sentuh tolak kita lagi, kalau aku memang terus tapak dada dia," kata Mohd Aliff.
"Apa lagi tahan, dia dah tolak kau boleh diam je lagi, mana sifat kelakian kau, kalau aku memang dah berkicap mat saleh tu," ujar Anak Perantau.
"Kena tolak boleh senyum macam itu je, tak berani nak membalas, kalau sesama sendiri bukan main semangat nak tibai, geram pula aku," tambah Saya Franco.
Belum ada sebarang info lanjut berhubung insiden itu daripada pihak polis setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram