JURUCAKAP bagi Hartal Farmasi Kontrak akan mengadakan bantahan sekiranya ahli farmasi berstatus kontrak tidak diberi kepentingan yang secukupnya ketika menjawat jawatan tetap.
"Beri kami jawatan tetap tanpa temu duga atau kami akan keluar,"
"Sebelum itu, kami meminta KKM memberi kami pekerjaan tetap dengan segera daripada melakukan temu duga berulang kali," katanya kepada The Star.
Jurucakap yang tidak mahu namanya didedahkan itu turut mempersoalkan bagaimana temu duga selama 15 minit boleh digunakan sebagai kayu pengukur untuk menilai tujuh tahun perkhidmatan.
Pergerakkan itu dibuat pada Sabtu selepas ahli farmasi dari kumpulan 2016/2017 tidak mendapat jawapan yang jelas daripada kementerian dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengapa mereka daripada kumpulan itu tidak dijemput untuk sesi temuduga seterusnya walaupun merupakan kumpulan yang berkhidmat paling lama dalam kontrak.
Tambahnya lagi kumpulan doktor 2016 sudah dipanggil untuk sesi temuduga.
“Apabila ada di antara kami bertanya kepada SPA dan Kementerian Kesihatan, kami diberitahu bahawa kami sudah diberi peluang dua kali sebelum ini.
"Tetapi ketika mereka menghubungi kami buat kali pertama pada Februari 2020, hanya terdapat 30 kekosongan ahli farmasi untuk di seluruh negara dan mereka memanggil hampir 600 daripada kami (untuk temu duga),”
"Untuk temu duga kedua pada Jun 2022 pula, terdapat 400 kekosongan jawatan untuk 1,500 pemohon," katanya.
Pada masa sama, dia turut mempertikaikan jawatan tetap yang disediakan untuk ahli farmasi adalah tidak adil kerana terdapat lebih 4,000 peluang untuk doktor.
Pada 6 Januari lalu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, sejumlah 4,914 jawatan tetap akan tersedia di Kementerian Kesihatan pada 2023.
Zaliha berkata 4,263 jawatan adalah untuk pegawai perubatan, 335 jawatan untuk doktor gigi dan 316 untuk ahli farmasi.
Mengulas mengenai perkara ini, jurucakap itu berkata komposisi jawatan tetap untuk ahli farmasi hanya pada kira-kira lapan peratus daripada pembukaan untuk doktor.
Katanya, apabila semua doktor ini mendapat penempatan mereka, adakah mereka fikir farmasi yang kekurangan kakitangan boleh menampung pesakit yang dirawat oleh lebih 4,200 doktor?
"Akhirnya, pesakit akan mengadu tentang kami dan menyalahkan kami kerana lambat memberi ubat tetapi isunya kami kekurangan tenaga kerja," katanya.
Tambahnya lagi, sebenarnya terdapat kita keurangan ahli farmasi tetapi pada masa sama prospek kerjaya agak terhad kerana kerana hospital swasta kadangkala beroperasi dengan seorang ahli farmasi manakala klinik swasta tidak menggaji ahli farmasi untuk mengeluarkan ubat.
Katanya, Hartal Farmasi kini mempunyai kira-kira 100 ahli dan yakin lebih ramai ahli farmasi akan menyokong pergerakan itu memandangkan isu itu nampaknya tidak diberi perhatian oleh Lembaga Farmasi.
Pergerakan itu susulan kumpulan Hartal Doktor Kontrak yang ditubuhkan pada 2021.
Pergerakan doktor itu juga pernah melancarkan gerakan keluar seluruh negara pada Julai 2021, sebagai tanda protes terhadap sistem kontrak. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram