Asyik lepas gian di tepi Sungai Belat, penagih dadah wanita lari ketika serbuan polis ditemui mati lemas


  • 112
  • Ahad, 22 Jan 2023

Mayat wanita berusia 42 tahun itu ditemukan pada 11.36 pagi Ahad kira-kira 50 meter dari lokasi dia dikatakan terjun. — OrangAwam

SEORANG wanita yang terjun ke Sungai Belat berhampiran Jeti Tanjung Punai di Kuantan, Pahang pada petang Sabtu ditemukan lemas di sungai itu pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat wanita berusia 42 tahun itu ditemukan pada 11.36 pagi kira-kira 50 meter dari lokasi dia dikatakan terjun semasa melarikan diri dari serbuan operasi narkotik di kawasan tersebut.

"Kejadian disaksikan oleh seorang lelaki Rohingya yang cuba menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya kerana keadaan air pasang dan arus deras," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan anak lelaki mangsa, wanita itu didapati mempunyai masalah ketagihan dadah dan kerap ke lokasi berkenaan untuk melepaskan gian.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram