SEORANG jururawat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh dalam kemalangan ngeri di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun lalu.
Nicole Lorraine Linton, 37, kini dibicarakan kerana kesalahan menyebabkan kematian enam mangsa dalam tragedi pada 4 Ogos tahun lalu.
Rakaman insiden yang berjaya dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) kini tular di media sosial dan menunjukkan detik Nicole melanggar lampu isyarat sebelum merempuh beberapa buah kenderaan lain.
Rakaman tersebut dikongsikan semula oleh Tragicomedias di Twitter, pada Sabtu memaparkan kemalangan ngeri itu berlaku selepas suspek yang memandu kereta mewah jenis Mercedez-Benz melanggar lampu merah dan kecuaian tersebut mengakibatkan beberapa buah kenderaan terbakar.
Nahas itu menyebabkan Asherey Ryan, 23, yang hamil lapan bulan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian bersama anaknya, Alonzo Luchiano Quintero yang berusia setahun.
Suaminya, Reynold Lester, turut terbunuh dalam kemalangan itu selepas kereta itu terbelah dua akibat daripada kemalangan tersebut.
Dua lagi mangsa wanita yang dikenali sebagai Lynette Noble, 38, dan Nathesia Lewis, itu rentung dalam kemalangan itu.
Nicole yang bertugas sebagai jururawat itu,dalam perjalanan dari Houston, Texas, didakwa dengan enam pertuduhan membunuh dan lima pertuduhan atas kecuaian ketika pemanduan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram