[VIDEO] Sengaja cari nahas, lelaki mabuk selamba 'ayam-ayamkan' harimau kelaparan


  • Benua
  • Isnin, 16 Jan 2023

Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang lelaki selamba mengacah-acah harimau kelaparan di India. — Agensi

HARIMAU dalam kandang pun kita sudah rasa gerun, apatah lagi jika kita terpaksa berdepan atau tidak sengaja berselisih dengan binatang itu, pasti ada yang lari ibarat tak cukup tanah.

Namun, berbeza pula dengan satu video tular yang memaparkan seorang lelaki didakwa mabuk dengan selamba mengacah-acah seekor harimau yang sedang kelaparan.

Video tersebut yang tular pada Ahad dan dipercayai berlaku di India memaparkan seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk sedang duduk di atas kerusi.

Turut kelihatan disamping lelaki itu adalah seekor harimau yang sedang memerhati dengan tajam ayam yang dipegang lelaki itu.

Ketika mahu membaham ayam tersebut, lelaki tersebut dengan selamba mengacah-acah harimau tersebut beberapa kali.

Lelaki berkemeja kemas itu juga sempat mengetuk kepala harimau itu ketika sedang membaham ayam tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai yang kagum dengan keberanian lelaki itu bergurau senda dengan harimau yang sedang kelaparan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram