[VIDEO] Berlindung di dinding landasan, 2 beranak hampir maut digilis kereta api


  • Benua
  • Jumaat, 09 Dis 2022

Tangkap layar video tular dua beranak hampir dilanggar kereta api di India baru-baru ini.

SEORANG wanita dan anak lelakinya di India hampir menempah maut apabila terpaksa berlindung di tepi dinding sempit, dekat sebuah landasan kereta api demi menyelamatkan nyawa masing-masing baru-baru ini.

Menerusi video tular, tindakan itu dilakukan oleh dua beranak tersebut bagi mengelakkan mereka dilanggar kereta api, yang sedang bergerak laju di landasan terbabit.

Kedua-duanya dilihat berpelukan antara satu sama lain ketika kenderaan awam itu melintasi mereka.

Umur kedua-duanya masih panjang apabila mereka terselamat daripada digilis kenderaan itu.

Orang ramai yang berada platform stesen kereta api itu kelihatan lega apabila dua beranak itu terlepas daripada nahas tersebut.

Kejadian tersebut berlaku ketika kereta api itu melalui stesen Karnataka menuju ke Kalaburgi, India.

Setakat ini, masih belum ada maklumat tentang bagaimana dua beranak itu boleh berada di landasan terbabit.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

landasan kereta api, dinding sempit