Ahmad Zahid, Tok Mat kekal Presiden, Timbalan Presiden Umno


  • Politik
  • Sabtu, 14 Jan 2023

Tok Mat (kiri) dan Ahmad Zahid (kanan) ketika menghadiri PAU 2022 baru-baru ini.

PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) 2022 bersetuju dengan usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Usul itu diluluskan sekitar pukul 4.55 petang Sabtu.

Ini sekali gus menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan masing-masing kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden bagi tempoh sepenggal lagi.

Menerusi satu sidang media, Ketua Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, 90 peratus perwakilan menyokong usul tersebut.

“Sebab utamanya adalah bagi memastikan Umno dapat memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Beliau berkata, jika pemilihan itu diadakan, ia akan membawa kepada perpecahan dalam Umno. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram