Takiyuddin tolak dakwaan Tok Mat bahawa PAS 'bunuh' Umno


  • Politik
  • Jumaat, 13 Jan 2023

Dakwaan Tok Mat berhubung parti Umno mahu bunuh PAS disifatkan sebagai tidak masuk akal oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan. — Awani

DATUK Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan Timbalan Perdana Menteri Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan parti PAS ingin membunuh parti Melayu itu sebagai satu perkara tidak masuk akal.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, sejarah politik negara ini menunjukkan Umno sudah lama berazam untuk menghapuskan PAS termasuk cubaan mengharamkannya pada satu ketika dahulu.

Takiyuddin berkata, sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai prinsipnya, PAS sentiasa bertekad dan bertindak mendekati Umno bagi menyatukan umat Islam dan Melayu di negara ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata PAS komited dengan segala usaha untuk perpaduan ummah yang turut melibatkan rakyat berbilang kaum dan agama bagi mewujudkan saluran aman dan harmoni serta demokrasi berlandaskan kedaulatan undang-undang.

“Sehubungan itu, PAS akan terus bersikap terbuka dan bersedia mengadakan pertemuan, perbincangan dan rundingan dengan mana-mana pihak dengan memfokuskan kepada titik persamaan dan merapatkan perbezaan demi kebaikan negara dan rakyat,” katanya.

Mohamad berkata, mereka tidak pernah setia dan ikhlas, dan tanpa segan silu menipu semua pihak, terutama 'balu' Umno yang merujuk kepada Parti Bersatu.

Mohamad telah menjelaskan sebelum ini bahawa Umno bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan perpaduan kerana DAP tidak berlagak dan pihak itu ikhlas dalam menjalin hubungan baik.

Dalam ucapannya semasa merasmikan Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri pada Rabu malam lalu beliau berkata, parti Islam itu telah berbincang dengan semua parti politik, termasuk Perikatan Nasional.

Takiyuddin berkata, PAS yakin dengan adanya perpaduan, semua parti politik akan dibentuk berdasarkan keikhlasan dan niat murni.

“Kita boleh menjamin pembentukan kerajaan yang adil dan saksama kepada semua rakyat berbilang kaum, agama dan budaya dan seterusnya akan diterima baik oleh semua pihak,” tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram