[VIDEO] Pemandu Hilux rempuh tiang lampu isyarat, hentam depan belakang 2 kereta sampai berpusing di Segamat


  • Tular
  • Sabtu, 07 Jan 2023

Tangkap layar kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Hilux dan dua buah lagi kereta di Segamat, Johor.

SATU insiden kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Hilux dan dua lagi kenderaan berlaku di persimpangan Kenawar, Jalan Genuang, Segamat, Johor pada Jumaat.

Kejadian itu difahamkan berpunca akibat pemandu Hilux tersebut gagal mengawal kenderaannya selepas memandu laju di laluan terbabit hingga merempuh tiang lampu isyarat di situ.

Susulan pelanggaran tersebut, sebuah kereta menjadi mangsa apabila dirempuh dari arah belakang manakala sebuah lagi kereta yang berada di laluan bertentangan dihentam dari arah hadapan.

Kejadian itu dirakamkan menerusi kamera dashcam salah sorang pemandu yang juga merupakan saksi insiden tersebut.

Ketiga-tiga mangsa kemudiannya dibantu orang ramai sebelum ambulans tiba di lokasi kejadian.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, pemandu Hilux terbabit telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut manakala dua lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Difahamkan, setelah selesai menerima rawatan, pemandu berkenaan akan dibawa ke bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Segamat untuk siasatan lanjut.

Polis Daerah Segamat memohon saksi awam untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram