SEORANG lelaki dengan lagak mat romeo seolah-olah mendapat pengajaran berguna apabila dipukul beramai-ramai selepas didakwa dicekup keluar bersama wanita berstatus isteri orang di Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.
Mangsa berbaju oren dan berseluar biru itu dilihat dipukul dan ditendang beberapa kali di kepala oleh seorang lelaki yang dipercayai merupakan suami kepada wanita terbabit.
Gagal mengawal kemarahan, lelaki berkenaan terus bertindak ganas sebelum berjaya dihentikan beberapa orang awam di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, wanita berbaju merah berkenaan dianggap sebagai punca utama dalam pergaduhan itu selepas terlebih dulu didakwa curang dengan suaminya.
Menerima lebih 70,000 jumlah tontonan di TikTok, rakaman itu hangat diperkatakan warganet yang rata-ratanya mengecam wanita tersebut.
Che Faizal88 berpendapat, wanita itu yang sepatutnya dihukum atas perbuatannya yang curang dengan suaminya.
"Sepatutnya pukul isteri dia, yang lelaki itu tak salah pun kalau dah isteri kau yang menggatal tak akan jadi isu gaduh macam ini," katanya.
"Yang perempuan itu pun melayan, mana boleh nak salahkan lelaki je, kena la juga lihat daripada setiap sudut siapa yang salah dan siapa yang mulakan dulu," ujar Ain Peah.
"Kalau tak ada angin bertiup mustahil pokok boleh bergoyang, baik kau pukul isteri kau yang menggatal sangat tu, lelaki tu serah pada polis selesai masalah," tambah Aqil Darwish.
Rakaman tular itu berakhir dengan si suami dan isterinya beredar dari lokasi tersebut manakala tertuduh pula dilihat lemah dan terkulai selepas dipukul dengan teruk dalam kejadian tersebut lalu dibawa beredar dari tempat kejadian oleh orang ramai.
Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kes berkenaan setakat ini dan rakaman itu semakin tersebar meluas di laman TikTok. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram