Dijangka tak tewas rebut Presiden Umno, 3 nama tetap terpacul calon pengganti Ahmad Zahid


  • Politik
  • Khamis, 29 Dis 2022

PAU dijadual berlangsung pada 11 hingga 14 Januari ini.

MENJELANG Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bakal diadakan dalam tempoh dua minggu lagi, sudah pasti kebanyakan ahli tidak sabar menantikan khabar gembira berkaitan parti itu.

Antara perkara yang dijangka menjadi tumpuan adalah sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti bakal dipertandingkan atau tidak.

file7nqn3lwhpqom7smg4lf

Ahmad Zahid merupakan Presiden Umno ketika ini.

Terdahulu, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, keputusan itu akan ditentukan oleh perwakilan.

Sementara itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu mungkin diputuskan pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Khas, yang akan diadakan sebelum PAU berlangsung iaitu pada malam 12 Januari nanti.

PAU dijadual berlangsung pada 11 hingga 14 Januari tahun depan.

Mengulas mengenai perkara itu, Profesor Dr Rusdi Omar mencadangkan agar Umno mengambil pendekatan, dengan merapatkan kembali pemimpin-pemimpin yang dilihat tidak mempunyai persefahaman.

Penganalisis politik itu berkata, perkara tersebut penting agar mereka boleh bersatu dalam menghadapi wadah perjuangan yang sama.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sekarang kena move on untuk kebaikan Umno," katanya kepada Majoriti.

Rusdi-Omar (1)

Rusdi Omar

Mengulas lanjut, Rusdi Omar tidak menolak kemungkinan bahawa, Umno akan berpecah kepada dua puak sekiranya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden masih lagi dipertandingkan.

Sekiranya itu berlaku, katanya, Umno semakin sukar untuk bertahan lama.

"Jika ia berlaku, saya tak nampak team Ahmad Zahid akan kalah. Sebab dalam kumpulannya ada jawatan menteri.

"Tetapi, dalam keadaan sekarang saya tak nampak akan berlaku pertandingan merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden," tambahnya.

Ketika ditanya calon pemimpin yang bakal menjadi Presiden sekiranya Ahmad Zahid menarik diri daripada bertanding mahupun kalah dalam pemilihan parti, Rusdi Omar tampil mencadangkan tiga nama:

1) Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat)

file7h8hpn5itw0xx0td65x (1)

Tok Mat memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno ketika ini.

Rusdi Omar berkata, Timbalan Presiden Umno itu antara calon paling sesuai menggantikan Ahmad Zahid dalam menerajui parti tersebut.

Tambahan pula, Tok Mat ketika ini memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan, yang mana perkara itu cukup kuat untuk mendapat sokongan ahli parti tersebut.

Tidak cukup dengan itu, kepimpinannya juga diyakini penduduk Rembau, Negeri Sembilan, meskipun baru pertama kali bertanding di kawasan Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

2) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

file7nnoqguna4g1hoizgfps

Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri kesembilan. — Bernama

Portfolio Naib Presiden Umno itu sudah cukup kuat untuk menggantikan Ahmad Zahid.

Sebelum ini, beliau pernah menerajui negara dengan menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Kepimpinannya selama lebih daripada setahun dilihat menunjukkan perkembangan baik, di samping tidak banyak menimbulkan kontroversi.

3) Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn

file7n2mpdkpp2u2o0rfnqm

Hishamuddin pernah dicadang sebagai Presiden Umno.

Bekas Naib Presiden Umno itu pernah dicadangkan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Mei tahun lalu.

Mohamed Nazri dilapor berkata, Umno perlu memberi peluang kepada Hishammuddin memimpin parti terbesar orang Melayu itu kerana pengalaman luas yang dimilikinya.

"Jangan pandang rendah pengalaman yang dimiliki Hishammuddin dalam parti dan juga dalam kerajaan. Beliau mengetuai banyak kementerian sebelum ini.

"Dalam parti juga beliau sangat berpengalaman dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda dan juga Naib Presiden Umno," katanya dipetik sebagai berkata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram