Rakyat tuntut 5 janji, harap PM Anwar tunaikan dalam masa terdekat


  • Politik
  • Jumaat, 09 Dis 2022

Rakyat mohon Anwar menunaikan janji dalam masa terdekat selepas berjaya menjadi Perdana Menteri.

SELEPAS dua minggu pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, majoriti rakyat Malaysia mula menuntut manifesto yang dijanjikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 tempoh hari.

Rata-rata netizen di media sosial menagih supaya Pakatan Harapan menunaikan janji yang diutarakan selepas berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan.

Setakat ini, dua manifesto telah mula digerakkan iaitu menangani kos sara hidup dan memerangi rasuah serta mengukuhkan institusi demokrasi.

Isu utama membelenggu rakyat melibatkan kos sara hidup yang membebankan terutamanya selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

Pakatan Harapan chairman Datuk Seri Anwar Ibrahim announcing the coalition's GE15 offer for Sarawak in Kuching.  - ZULAZHAR SHEBLEE / The Star

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bagaimanapun, Anwar bertindak proaktif sebagai Perdana Menteri dengan memberi jaminan akan memerangi pembolotan harta yang dilakukan taikun dan ahli politik bagi memulihkan ekonomi negara.

Pada masa sama, Anwar turut bertekad bersama barisan Kabinet yang dipilihnya untuk menstabilkan ekonomi negara.

Langkah ini secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan dan komitmen beliau untuk membantu rakyat Malaysia bangkit dari kejatuhan.

Berikut, Majoriti menyenaraikan 5 janji yang dituntut rakyat dalam tempoh terdekat :

1425826

Tangani isu kos sara hidup

Rata-rata netizen mengharapkan isu kos sara hidup dapat diselesaikan secepat mungkin.

Ia berikutan mereka mahu kembali 'bernafas' selepas terbeban dengan kenaikan harga barangan dan kehilangan pendapatan.

Isu kos sara hidup menjadi keutamaan rakyat Malaysia dan mengharapkan kerajaan pimpinan Anwar mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

WhatsApp Image 2022-12-08 at 7.47.16 PM

Bina ketahanan bencana dan mantapkan perlindungan

Beberapa tahun sebelum ini, negara bukan sahaja dilanda wabak Covid-19 malah turut ditimpa musibah bencana banjir sehingga banyak nyawa terkorban.

Nasib rakyat ketika itu ibarat jatuh ditimpa tangga selepas dibebani kehilangan harta benda.

Bencana yang berlaku menyebabkan rakyat mengalami kerugian dan sukar untuk bangkit kembali.

Rata-rata rakyat mahu kerajaan lebih bersedia untuk menghadapi kejadian luar jangkaan seperti banjir kilat dan tanah runtuh.

WhatsApp Image 2022-12-08 at 7.48.15 PM

Selamatkan generasi tercicir dalam pendidikan

Wabak Covid-19 bukan sahaja menyebabkan golongan bekerja terjejas malah mengakibatkan pelajar tidak dapat belajar secara komprehensif.

Banyak pelajar tercicir dalam pelajaran kerana terpaksa berhadapan situasi berbeza yang tidak pernah dihadapi sebelum ini.

Kebanyakan pelajar mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu dan ia sesuatu yang merugikan negara.

Negara perlukan pelapis yang mampu memimpin negara pada masa depan selain melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai.

WhatsApp Image 2022-12-08 at 7.55.04 PM (1)

Perangi rasuah dan kukuhkan institusi demokrasi

Rakyat mahukan kestabilan ekonomi dan politik untuk memastikan negara terus mengorak langkah ke hadapan.

Rasuah merupakan satu jenayah berat yang harus dicegah. Rata-rata netizen mengharapkan Anwar mampu memerangi rasuah habis-habisan.

Budaya mengambil dan meminta rasuah ini harus dihentikan kerana akan memudaratkan negara.

WhatsApp Image 2022-12-08 at 7.55.48 PM (1)

Tingkatkan daya saing golongan rentan

Golongan rentan merangkumi wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan pelarian.

Golongan ini antara yang perlu dilindungi termasuk meningkatkan daya saing dengan mencipta peluang pekerjaan serta pendapatan agar taraf kehidupan dapat ditingkatkan.

Netizen mengharapkan kerajaan pimpinan Anwar mengambil inisiatif untuk membantu golongan ini dan memastikan tiada yang tercicir.

Pada Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 28 Menteri dipilih menjadi sebahagian barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan terdiri daripada PKR (8), Umno (6), GPS (5), DAP (4), Amanah (2), UPKO (1), GRS (1) dan satu calon bebas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram