Ahmad Maslan, Steven Sim dilantik Timbalan Menteri Kewangan


  • Primer
  • Jumaat, 09 Dis 2022

Ahmad Maslan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama-nama timbalan menteri yang akan memegang portfolio masing-masing di dalam Kerajaan Perpaduan pada Jumaat.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan akan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan bersama-sama Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Pengumuman tersebut turut menyaksikan pelantikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Berikut merupakan senarai Timbalan Menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar Ibrahim:

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital: Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi: Ramkarpal Singh

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Rubiah Wang

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Siti Aminah Aching

Timbalan Menteri Pengangkutan: Hasbi Habibullah

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Chang Fong Chin

Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahary

Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Samsul Anuar Nasarah

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Liew Ching Tong

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Yusuf Apdal

Timbalan Menteri Sains dan Teknologi: Datuk Arthur Joseph Kurup

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Aiman Athirah Sabu

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi: Ramkarpal Singh

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Saraswathy Kandasamy

Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Khairul Firdaus Akhbar Khan

Timbalan Menteri Pendidikan: Lim Hui Ying

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Wilson Ugak Kumbong

Timbalan Menteri Sumber Manusia: Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Datuk Sri Huang Tiong Sii

Upacara angkat sumpah Timbalan Menteri akan berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pukul 3 petang pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram