Kerajaan tangguh laksana gaji minimum untuk majikan kurang 5 pekerja


  • Primer
  • Selasa, 27 Dis 2022

Pelaksanaan gaji minimum RM1500 ditunda oleh kerajaan ke 1 Julai 2023. — Gambar Hiasan

UMUM mengetahui bahawa kerajaan terdahulu telah menetapkan Perintah Gaji Minimum RM1,500 berkuatkuasa 1 Mei lepas untuk semua sektor wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Namun, kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk menangguhkan pelaksanaan pindaan tersebut kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja.

Keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada tahun 2023.

Pengumuman itu diumumkan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dalam kenyataan pada Selasa yang memaklumkan penangguhan selama enam bulan itu diharap dapat memberikan peluang untuk menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan yang sedikit sebanyak mampu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat yang menggajikan kurang daripada lima pekerja.

Sementara itu, majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) masih perlu meneruskan pembayaran gaji minimum sebanyak RM1,500 bermula 1 Mei 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram