SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditengking dan dimarahi seorang pemandu selepas dipercayai berpelakuan biadab dalam satu kemalangan pada Isnin.
Difahamkan, tertuduh telah mencampakkan sejumlah wang kepada pemandu terbabit selepas berlanggar di laluan berkenaan.
Gagal mengawal kemarahan, pemandu itu kemudiannya terus menengking dan mengugut suspek atas perbuatan biadabnya namun situasi kian meruncing apabila penunggang terbabit membalas ugutan tersebut dengan undang-undang pihak berkuasa.
Tidak menghiraukan dakwaan kakitangan KDN yang dinyatakan, lelaki berbaju kuning dan berseluar biru itu terus meninggikan suara meskipun cuba diredakan dua anggota polis ketika kejadian.
Rakaman tular itu hangat diperkatakan warganet dan menerima lebih 500,000 jumlah tontonan setakat ini.
Meskipun berulang kali mendakwa dirinya merupakan kakitangan KDN, kenyataan itu disalah erti oleh sesetengah pihak yang menganggap individu terbabit sengaja ingin menggunakan taraf dan pangkat untuk meloloskan diri daripada insiden tersebut.
Bro Gaban berpendapat, isu salah guna kuasa merupakan faktor utama dalam kejadian itu dengan lelaki terbabit sengaja ingin melepaskan diri.
"Salah guna kuasa la kalau betul dia kakitangan KDN sekali pun, bukan tiket untuk dia biadab dan senang-senang lepaskan diri macam tak buat salah," katanya.
"Dia ingat dia KDN boleh besar kepala ke apa, silap orang la dia jumpa, dapat abang baran macam tu memang kena tibai la," ujar Matlik99.
"Memang bagus la lelaki itu maki, jangan dia ingat kerja KDN boleh buat sesuka hati sebab ada kuasa besar bawah kerajaan, memang maki la mendapat," tambah shah.azmy.
Menurut Bukit Aman ketika dihubungi Majoriti, belum ada sebarang maklumat berkaitan insiden itu setakat ini dan pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung video tular tersebut.
Lokasi sebenar kejadian masih belum diketahui namun rakaman itu berakhir dengan damai apabila pergaduhan tersebut berjaya dileraikan polis berkenaan dengan penunggang motosikal itu beredar tidak lama kemudian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram