SETELAH lebih setahun penubuhan Majls Pemulihan Negara (MPN), Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya membubarkan badan yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut.
Perdana Menteri dilapor berkata, kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan jumlah agensi kerajaan yang mempunyai tugas bertindih seperti MPN.
Mengulas mengenai perkara itu, Mujibu Abd Muis menyifatkan, tindakan membubarkan MPN bermotif politik memandangkan badan itu ditubuhkan bagi memudahkan Muhyiddin memainkan peranan dalam kerajaan.
Mujibu — Facebook
Namun dari suatu sudut lain, penganalisis politik itu berkata, tindakan itu juga disifatkan benar atas alasan mengurangkan kos dan menjimatkan perbelanjaan.
"Oleh itu, semua pihak yang bertanggungjawab terhadap pemulihan beberapa sektor termasuk ekonomi dan kesihatan boleh menumpukan tugas masing-masing," katanya kepada Majoriti.
Bukan itu sahaja, Mujibu juga menjangka badan itu boleh ditubuhkan semula sekiranya timbul keperluan tertentu pada masa akan datang.
"Kerajaan juga telah memberi komitmen bahawa pada ketika ini semua pihak akan libat urus termasuk jawatankuasa khas Parlimen dan penubuhan majlis-majlis yang diperlukan," katanya.
MPN ditubuhkan pada September 2021 ketika kerajaan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram