Perangai masih tak berubah... 5 MP paling kecoh, 'bising' di Parlimen


  • Politik
  • Rabu, 21 Dis 2022

Speaker Dewan Rakyat, Johari (kiri) terpaksa tegas bila berdepan dengan Ahli Parlimen yang agresif. — Bernama

SELEPAS bercuti panjang, pintu Parlimen dibuka kembali menerusi mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang berlangsung selama dua hari bermula Isnin.

Ini adalah Persidangan Dewan Rakyat pertama di bawah Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengangkat sumpah jawatan 24 November lalu.

Persidangan ini juga menjadi tumpuan ekoran keputusan Anwar yang ingin usul undi percaya dibawa untuk dibahaskan bagi membuktikan dirinya mendapat sokongan majoriti.

Keputusannya, Dewan Rakyat meluluskan usul undi percaya kepada keabsahan Anwar selaku Perdana Menteri melalui undi suara majoriti.

Tetapi, tumpuan rakyat bukan setakat di situ sahaja, gelagat Ahli Parlimen juga sentiasa diperhatikan dan kali ini nampak lebih menarik.

Ini kerana Ahli Parlimen yang sebelum ini duduk di kerusi pembangkang sudah beralih ke bahagian kerajaan dan begitu juga sebaliknya.

Namun, seperti yang dijangka, tahap keriuahan dalam kalangan Ahli Parlimen masih tidak berubah. Masih ada yang dilihat seperti sengaja menyiram air panas untuk menghangatkan keadaan ketika perbahasan.

Berikut Majoriti senaraikan lima Ahli Parlimen di kedua-dua blok yang boleh dikatakan paling 'bising' dalam Dewan Rakyat:

696bd4ea4e7848f34d6248906e9a8b0b

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim antara pemimpin politik yang cukup dikenali dengan gelagatnya di Parlimen.

Jika sebelum ini Shahidan berada di blok kerajaan, beliau kini berada di kerusi pembangkang dan seperti dijangka, lontaran suaranya tetap bergema kuat di Dewan Rakyat.

Baru sahaja usul undi percaya dibangkitkan, Shahidan yang kini merupakan ahli Perikatan Nasional (PN) sudah bingkas bangun untuk mencelah.

Jika bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar masih berada dalam Parlimen, pasti kecoh melihat aksi mereka bertikam lidah.

c2a5be5a15c87170285273e2b6a746c4

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah merupakan muka baharu dalam Dewan Rakyat yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Mohd Sany memang dikenali kerana sering melontarkan kenyataan secara lantang dan begitu juga penampilannya di Parlimen.

Namun, apa yang boleh dilihat hujahnya lebih ke arah berbaur politik sahaja tanpa sebarang isi yang konkrit sebagai bahan untuk dibahaskan.

rAYER-24

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer

Siapa yang tidak kenal dengan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer. Sebelum ini kehadirannya di kerusi pembangkang dan kini tidak lagi.

Rayer mempunyai sejarah dihalau dari Dewan Rakyat yang cukup banyak sebelum ini disebabkan sering mengganggu perbahasan.

Rekod terbaharu adalah apabila beliau dihalau dari dewan pada 2 Mac lalu kerana mengganggu sesi perbahasan Ahli Parlimen Pekan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kinabatangan MP Datuk Seri Bung Moktar Radin during the last day of Parliament session. AZMAN GHANI/ The Star

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin juga seorang daripada otai politik yang berada dalam Parlimen.

Sama seperti Shahidan, Bung Moktar juga sering mengeluarkan ayat-ayat 'pedas' dalam Parlimen hingga mendapat perhatian rakyat.

Dia juga pada 2018 pernah mencarut dalam Dewan Rakyat. Tahun ini juga nampaknya Bung Moktar masih belum selesa untuk berdiam diri dan masih bersuara untuk mencelah perbahasan.

awang-hasim

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim juga antara yang menjadi tumpuan dalam Dewan Rakyat kali ini.

Baru-baru ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Pas Pusat itu berterusan menganggu ketika Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berbahas.

Sikap Awang Solahudin yang juga dilihat berterusan tidak mengendahkan arahan Datuk Johari Abdul sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu turut dilihat mengundang rasa meluat rakyat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram