[VIDEO] Rider jiwa kental, tergolek elak kena tomoi samseng jalanan di KK


  • Tular
  • Khamis, 22 Dis 2022

Tangkap layar video dua orang lelaki bergaduh di tepi jalan sehingga menyebabkan laluan lalu lintas sedikit perlahan.

TULAR sebuah video di sosial media apabila dua lelaki bergaduh di tepi jalan dipercayai kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain dalam kejadian di Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.

Kejadian tersebut dipercayai dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang menggunakan jalan tersebut.

Menerusi rakaman tersebut, salah seorang daripada lelaki itu merupakan penghantar makanan manakala seorang lagi individu dipercayai pemandu kereta Toyota Harrier.

Ketika kejadian, salah seorang daripada lelaki itu berjaya mengelak daripada ditumbuk pemandu Harrier yang mengakibatkan dia jatuh tergolek.

Selepas kejadian itu, pemandu Harrier itu dilihat tidak berpuas hati dan terus memecut kenderaannya meninggalkan kawasan tersebut.

Difahamkan video kejadian berdurasi 38 saat itu dipercayai berlaku berdekatan 88 Marketplace di Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang kejadian tersebut.

"Risau memandu sekarang, ramai samseng tak nak mengalah, harap PDRM kerap buat rondaan terutama kawasan-kawasan panas," kata Johari Atan.

"Kadang-kadang ini penghantar-penghantar makanan kebanyakan tidak menjaga keselamatan semasa menunggang motosikal," jelas Balor Balor Balor.

"Pandai dia bertomoi, boleh tahan dia mengelak sampai tergolek lawan dia," ujar Saf Riah.

Sebelum ini Majoriti pernah melaporkan kejadian tentang seorang pemandu Myvi lagak samseng berani tunjuk isyarat lucah dan ludah kereta mangsa di Petaling Jaya, Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram