[VIDEO] Aksi 'flying kick' pemain sampai cium padang cemari perlawanan bola di Rawang


  • Tular
  • Selasa, 13 Dis 2022

Tangkap layar sekumpulan pemain saling bertumbuk selepas tamat perlawanan persahabatan.

PADANG bola Gardens Arena, Rawang, Selangor, sememangnya terkenal dalam kalangan peminat sukan bola sepak dan rata-ratanya tidak melepaskan peluang untuk mengadakan perlawanan persabahatan mahupun pertandingan di lokasi tersebut.

Namun, kebelakangan ini lokasi itu kerap dicemari dengan isu pergaduhan dan rusuhan khususnya dalam kalangan pemain.

Pada April lalu, seorang wanita mengandung menjadi mangsa pijak sekumpulan lelaki dalam satu permainan realiti yang dianjurkan YouTuber terkenal, Isa Isarb.

Belum reda dengan isu tersebut, padang yang sama, Gardens Arena sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila sekumpulan lelaki dilaporkan bergaduh dan bertumbuk sesama sendiri selepas tamat perlawanan persahabatan bola sepak pada Isnin.

Difahamkan, pergaduhan itu tercetus akibat salah faham berlaku antara kedua pasukan tersebut selepas tamat perlawanan yang melihatkan pemain saling mengganas ketika kejadian.

Dikongsikan di laman Twitter, rakaman tular itu menerima lebih 90,000 jumlah tontonan setakat ini.

Insiden itu dimulai dengan terjahan seorang lelaki berjersi hitam yang dilihat menendang rakan sepasukannya sebelum kedua-duanya saling berbalas tumbukan di lokasi tersebut.

Meskipun cuba dihentikan pengadil perlawanan, pergaduhan itu kian meruncing apabila beberapa lagi pemuda lain meluru dan turut serta dalam pergaduhan terbabit.

Akibat pergaduhan tersebut, salah seorang daripada pemuda dilihat terbaring dan merangkak di tanah selepas dipukul beramai-ramai ketika kejadian.

Di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam insiden terbabit.

"Nama pun perlawanan persahabatan, setakat main gelak-gelak seronok itu perkara biasa, tapi kenapa sampai nak kena bertumbuk, memalukan," kata Beng.

"Patut la negara kita tak layak ke Piala Dunia, tak ada semangat kesukanan langsung, main sikit dah bergaduh," jelas Keshvin Sidhu.

"Ini la dia namanya main tak seberapa, gaya je lebih, sudahnya diri sendiri merana kalau dah kena tahan polis," tambah Zakwan Zuhair.

Punca sebenar pergaduhan masih belum diketahui setakat ini dan belum ada sebarang kenyataan polis dilaporkan berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram