Tempoh 100 hari pengukur prestasi Anwar, buktikan kemampuan atau berputih mata


  • Politik
  • Isnin, 28 Nov 2022

Anwar harus mempamerkan prestasi yang baik untuk terus menjadi Perdana Menteri.

DATUK Seri Anwar Ibrahim berdepan tugas sukar mempamerkan prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari atau berisiko terlepas jawatan sebagai Perdana Menteri.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Dr. Barjoyai Bardai berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuasa menukar Perdana Menteri sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mempamerkan prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari.

WhatsApp Image 2022-11-28 at 12.57.39 PM

Profesor Dr. Barjoyai Bardai

"Ini satu yang merugikan Anwar sekiranya penantian kira-kira 25 tahun untuk menjadi Perdana Menteri disia-siakan.

"Sekiranya Yang di-Pertuan Agong merasakan Anwar gagal menunjukkan kaliber atau mentadbir negara dengan baik, beliau berdepan risiko untuk dilucutkan dan berkemungkinan diganti dengan seterunya iaitu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya kepada Majoriti.

1834760

Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Barjoyai berkata, masih terlalu awal untuk menilai kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

"Beliau baru sahaja beberapa hari dilantik menjadi Perdana Menteri dan rakyat harus memberi ruang kepada Anwar untuk mentadbir negara.

"Bagaimanapun, terdapat dakwaan apa yang dilakukan Anwar hanyalah perubahan kosmetik dan belum benar-benar diuji.

"Tugas memimpin bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan perancangan rapi untuk kepentingan bersama. Jadi, berilah ruang kepada Anwar untuk membuktikan kemampuan beliau," jelasnya.

E27ACA5D-9735-457E-B495-1F7B814A5449

Pemilihan barisan Kabinet menjadi penilaian rakyat kepada Anwar.

Tambah Barjoyai, Anwar berdepan tugas sukar untuk membentuk barisan Kabinet yang mampu mengurus negara dengan baik.

"Dalam definisi Kerajaan Perpaduan sepatutnya tiada pembangkang kerana semua parti akan duduk dalam satu kerajaan namun keadaan sedikit berubah pada masa ini.

"Namun, Anwar telah dilantik dengan kepercayaan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen dan harus memilih barisan Kabinet yang terbaik sebelum diusulkan kepada Agong.

"Sebaik barisan Kabinet diluluskan Agong, Anwar mempunyai tempoh 100 hari untuk membuktikan kalibernya atau berputih mata kehilangan jawatan sebagai Perdana Menteri yang diidamkannya selama 25 tahun.

"Sekiranya ini terjadi, Agong akan memilih individu lain yang layak mentadbir negara, contohnya melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa perlunya Pilihan Raya Umum," jelasnya.

CALM AND QUIET. Istana Negara entrance is calm and quiet during a check on Thursday afternoon although the country is in a political turmoil. Yang di-Per­tuan Agong is cur­rently re­ceiv­ing treat­ment at the Na­tional Heart In­sti­tute.— RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Tempoh 100 hari akan diberikan sebaik barisan Kabinet diluluskan Agong.

Kata Barjoyai, Anwar harus fokus dan membuktikan kepada negara mengapa beliau layak menjadi Perdana Menteri.

"Penat lelahnya selama 25 tahun berjuang menjadi Perdana Menteri telah terlaksana, kini tiba masanya beliau membuktikan kewibawaan.

"Fokus utamanya ialah membantu rakyat dan mengembalikan kestabilan ekonomi termasuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram