Pelabur asing bertambah yakin bila Anwar jadi PM


  • Politik
  • Jumaat, 25 Nov 2022

Pelabur mula menunjukkan keyakinan untuk melabur selepas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

PELANTIKAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Khamis berjaya meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Penganalisis ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, ia berikutan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mempunyai hubungan kukuh dengan negara luar.

download

Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai

"Datuk Seri Anwar mempunyai network yang rapat dengan negara luar seperti di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Eropah, Arab, Turkiye dan Asia.

"Hubungan rapat ini memberi reaksi positif kepada pelabur asing untuk melabur ke negara ini seterusnya menaikkan ekonomi negara," katanya kepada Majoriti.

Bagaimanapun, Barjoyai memberitahu, pembentukan Kabinet juga memainkan peranan penting bagi memastikan saham dan ekonomi negara terus meningkat.

"Setakat ini, pasaran saham melonjak naik sejak beberapa hari lalu dan dijangka meningkat sehingga Selasa depan.

"Namun, pelbagai perkara boleh menyebabkan pasaran saham turun dengan mendadak sekiranya timbul isu yang menyebabkan pelabur tidak yakin untuk melabur.

"Antaranya, pembentukan Kabinet yang tidak meyakinkan pelabur dan timbul isu yang boleh menjejaskan ekonomi negara seperti ketidakstabilan kerajaan," jelasnya.

WhatsApp Image 2022-11-25 at 12.53.32 PM

Prof Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, pasaran saham adalah sesuatu yang tidak menentu dan bergantung kepada keyakinan pelabur.

"Turun naik saham bergantung kepada reaksi pelabur dan kita dapat lihat ketika negara tiada Perdana Menteri, pasaran saham merudum kerana pelabur tidak yakin.

"Bagaimanapun, selepas Datuk Seri Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, pasaran saham meningkat dan melonjak naik.

"Pasaran saham dijangka terus meningkat sekiranya isu negara seperti kemiskinan, pengangguran dan inflasi berjaya diatasi," katanya.

1834760

Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, penantian 24 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim, 75, menjadi Perdana Menteri berakhir selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada Khamis.

Pada masa sama, Bursa Malaysia kembali melepasi paras 1,500 mata apabila ditutup pada 1,501.88 mata, naik 58.38 mata atau 4.04 peratus.

An investor monitors share market prices in Kuala Lumpur. FAIHAN GHANI/The Star.

Pasaran Bursa Malaysia melonjak naik selepas pelantikan Anwar.

Ia adalah paras tertinggi yang dicatatkan petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada penutup sejak 30 Ogos iaitu 1,512.050 mata.

Sementara mata wang Ringgit Malaysia (RM) pula meningkat sebanyak 1.8 peratus ke paras tertingginya dalam tempoh dua bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Peningkatan unit tempatan itu juga berikutan kelemahan dolar susulan pengeluaran minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram