Digugur calon PRU15, Annuar Musa diangkat hero sejati BN


  • Politik
  • Sabtu, 12 Nov 2022

Orang ramai memuji sikap Annuar Musa yang tenang dan tidak cepat melatah.

SIKAP positif yang ditonjolkan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa walaupun tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mendapat pujian ramai.

Rata-rata netizen turut memuji tindakan Annuar yang tenang menerima keputusan parti dan tidak cepat melatah seperti ahli politik lain.

1794468

Malah, tindakannya turun membantu rakan sepejuangan berkempen menyebabkan beliau disanjung tinggi.

Orang ramai menyifatkan tindakan itu membuktikan beliau sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar.

Berikut, Majoriti menyenaraikan lima kempen yang disertai beliau:

WhatsApp Image 2022-11-11 at 6.06.27 PM

Parlimen Ketereh

Menteri Komunikasi dan Multimedia ini memulakan perjalanan membantu calon yang bertanding berkempen di Parlimen Ketereh.

Penyandang Parlimen Ketereh itu dengan hati terbuka mengiringi Marzuani Ardilla Ariffin iaitu individu yang menggantikan tempatnya berkempen di kawasan tersebut.

Beliau turut mengambil kesempatan mengimamkan solat sunat hajat selain mendoakan kejayaan Marzuani yang dianggap seperti anak sendiri pada PRU15.

Rata-rata netizen menyanjung tinggi sikap yang ditonjolkan Annuar Musa dan menyifatkan beliau sebagai sebutir permata yang sukar diganti.

Parlimen Ketereh menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Marzuani Ardila (BN), Khlir Mohd Nor (PN),Rahimi L Muhamud (PH) dan Hanif Ibrahim mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).

WhatsApp Image 2022-11-11 at 6.04.18 PM (1)

Parlimen Kuala Selangor

Perjalanan pemimpin Umno ini tidak terhenti di situ, sebaliknya beliau terus membantu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang bertanding di Parlimen Kuala Selangor.

Beliau menyifatkan Tengku Zafrul sebagai tokoh yang sangat berwibawa dan disebabkan itu, beliau mahu membantu Menteri Kewangan itu meraih kemenangan pada PRU15.

Annuar juga tidak bersendirian selepas ditemani Ketua Umno bahagian Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar yang juga tidak dicalonkan.

Annuar dan Noh memberi sokongan penuh kepada Tengku Zafrul yang bertanding buat pertama kali sebagai calon Barisan Nasional.

Tengku Zafrul akan menentang penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dari Pakatan Harapan (PH), Mohd. Noor Mohd. Sahar dari Perikatan Nasional (PN) dan Mohd. Shaid Rosli mewakili Gerakan Tanah Air (GTA)

WhatsApp Image 2022-11-11 at 6.04.18 PM

Parlimen Sungai Buloh

Selepas Kuala Selangor, Annuar dilihat turun padang bersama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berdepan tugas berat menawan kerusi Sungai Buloh.

Perjuangan memastikan kejayaan BN ini diteruskan kerana menyifatkan Menteri Kesihatan itu sebagai ikon anak muda yang cemerlang berkhidmat dan mempunyai kualiti untuk memimpin negara.

Kerusi Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara BN, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Parti Rakyat Malaysia, Gerakan Tanah Air serta dua calon Bebas.

Saingan sengit di kerusi parlimen itu membabitkan Khairy Jamaluddin (BN), R Ramanan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Yusoff (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon Bebas masing-masing, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff, serta Nurhaslinda Basri.

WhatsApp Image 2022-11-11 at 6.04.18 PM (2)

DUN Bilut

Bekas Setiausaha Agung Umno itu turut menyokong perjalanan karier calon baru iaitu Wong Siew Mun yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bilut di Bentong, Pahang.

Sokongan yang diberikan Annuar membantu Siew Mun menimba pengalaman bergelar ahli politik.

Beliau yang turun padang membantu Siew Mun berkempen mahu pengundi memberi kepercayaan dan peluang kepada calon BN itu mewakili rakyat di DUN berkenaan.

Pada PRU15 Wong akan ditentang Mohd Shokri Mahmood (Pejuang), Datuk Seri Chandra Balabedha (PN) dan Lee Chin Chen (PH). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram