Ambil kesempatan PRU15, data peribadi 22 juta pengundi di MySPR disyaki dijual penggodam


  • Primer
  • Jumaat, 11 Nov 2022

Bukit Aman akan menyemak dakwaan tersebut dan berkongsi maklumat sekiranya jawapan diperolehi.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyemak dakwaan penjualan data peribadi milik 22 juta pengundi dari sistem MySPR di forum pasaran pengkalan data baru-baru ini.

PDRM dalam kenyataan ringkas berkata, pihaknya akan membuat semakan dengan jabatan berkaitan dan akan berkongsi maklumat sekiranya perincian mengenainya diperolehi.

WhatsApp Image 2022-11-11 at 2.54.30 PM (1)

Tangkap layar maklumat yang didakwa dijual penggodam.

Terdahulu, kecoh di media sosial berhubung dakwaan penjualan data peribadi 22 juta pengundi di mana setakat ini sejumlah 800,000 data melibatkan swafoto dan imej Mykad.

Difahamkan, maklumat peribadi tersebut mengandungi nama penuh, gambar kad pengenalan diri, nombor telefon, alamat dan gambar pengundi.

Lebih memeranjatkan, data sebanyak 67 GB itu dijual oleh penggodam dengan harga RM9,401 (USD2,000) menerusi pembayaran secara bitcoin atau monero.

WhatsApp Image 2022-11-11 at 2.54.30 PM

Data peribadi seperti gambar dan alamat pengundi turut dijual.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter, Faisal Halim mendakwa Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) telah dijual oleh SPR.

"Parti politik boleh membeli maklumat yang mengandungi data pengundi tersebut.

"DPPR ini jugalah yang polling agents setiap parti akan guna pada hari pengundian nanti dan harganya berbeza mengikut kawasan.

WhatsApp Image 2022-11-11 at 3.00.00 PM

Dakwaan terdapat penjualan data peribadi pengundi.

"Memang detail hampir semua penduduk Malaysia boleh dibeli. Murah pula tu. Confirm tiada siapa nak bertanggungjawab bila jadi macam ini," tulisnya.

Laman web MySPR daftar yang dilancarkan pada 2019 dikatakan usang dan mudah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, SPR belum mengeluarkan sebarang kenyataan manakala pihak Majoriti masih berusaha untuk mendapatkan komen Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram