
PERTARUHAN Barisan Nasional (BN) menampilkan calon muda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mula menampakkan hasil yang positif.
Penduduk setempat bukan sahaja menerima kehadiran calon muda dengan sambutan positif malah menyenangi kunjungan mereka dengan hati yang terbuka.
Ia secara tidak langsung memberi gambaran penerimaan masyarakat terhadap pertaruhan MCA yang memberi peluang kepada calon muda bertanding pada PRU15.
Di Pulau Pinang khususnya di Parlimen Bayan Baru, MCA menampilkan Saw Yee Fung sebagai calon BN.
Wanita berusia 33 tahun itu akan berdepan penyandang kerusi berkenaan iaitu Sim Tze Tzin dari Pakatan Harapan (PH), Jeff Ooi (Warisan), Ravinder Singh (Parti Rakyat Malaysia), Kan Chee Yuen (Bebas) dan Oh Tong Keong dari Perikatan Nasional (PN).
Bukan sahaja mempunyai wajah yang cantik, malah figura berkarisma dan berpendidikan tinggi ini semakin menambat hati penduduk tempatan.
Berikut, Majoriti menyenaraikan 4 faktor pemilihan Saw Yee Fung sebagai keputusan yang tepat:
Keberanian
Yee Fung menunjukkan keberanian dengan mencabar calon PH yang juga penyandang kerusi Parlimen Bayan Baru untuk berdebat.
Debat itu akan dilakukan secara terbuka bagi membolehkan pengundi menilai sendiri calon yang layak sebelum membuat pilihan pada hari pengundian.
Keputusan itu secara tidak langsung membuka mata pengundi dan menunjukkan komitmen beliau untuk membawa pembaharuan di Parlimen Bayan Baru.
Keramahan
Bukan sahaja mempunyai wajah yang cantik malah keramahannya ketika menyantuni penduduk tempatan berjaya menawan hati pengundi.
Yee Fung juga memiliki pendidikan tinggi dan mempunyai Ijazah Sarjana Ekonomi Universiti Malaya hingga ada yang menggelarkan beliau sebagai beauty with brain.
Layanan yang sopan santun diselangi pertuturan yang lemah lembut berjaya memikat pengundi tidak kira latar belakang kaum dan agama untuk memilih beliau sebagai wakil rakyat.
Penduduk tempatan juga menerima kunjungan Yee Fung dengan penuh keikhlasan dan senyuman seterusnya menjadi indikator penerimaan masyarakat setempat.
Komitmen
Yee Fung menggariskan tiga isu yang ingin diselesaikan sekiranya diberi mandat selepas PRU15.
Tiga perkara tersebut melibatkan isu banjir kilat, kesesakan lalu lintas dan pembangunan ekonomi di kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang.
Isu tersebut merupakan antara masalah utama yang dihadapi penduduk tempatan dan Yee Fung komited membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Penerimaan masyarakat tempatan
Pertaruhan BN meletakkan Yee Fung sebagai calon disifatkan sebagai langkah berani dan tepat.
Anak jati Pulau Pinang itu diterima masyarakat tempatan walaupun masih muda namun peribadi yang ditunjukkan berjaya menarik perhatian penduduk tempatan.
Rata-rata penduduk tempatan memberi sokongan kepadanya untuk berkhidmat di Parlimen Bayan Baru seterusnya memberi saingan sengit kepada calon lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram