Penunggang motosikal maut tercampak dari jambatan di Nilai


  • 112
  • Isnin, 28 Nov 2022

Pasukan bomba membawa naik mayat mangsa. — JBPM Negeri Sembilan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Nilai-Pajam, Nilai, di Negeri Sembilan awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, dalam kejadian pada pukul 1.57 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah di badan dan kepala, setelah tercampak dari jambatan berketinggian 30 meter.

"Siasatan awal mendapati, kereta tersebut yang sedang dalam perjalanan dari arah Bandar Baru Nilai menghala ke arah Pajam, telah bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba masuk ke laluan kereta berkenaan.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak dari jambatan, manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

remaja, maut, tercampak, kemalangan, Nilai