[VIDEO] Lori hilang kawalan rempuh 40 kenderaan atas jambatan


  • Benua
  • Isnin, 21 Nov 2022

Tangkap layar kemalangan sebuah lori yang hilang kawalan lantas merempuh lebih 40 buah kenderaan lain.

DIANGGARKAN lebih 10 orang mangsa cedera dalam kemalangan nahas jalan raya di jambatan Navale laluan lebuh raya Pune-Bengaluru, India pada Ahad.

Menurut Asisten Komisioner Polis, Suhel Sharma, kemalangan itu berpunca daripada sebuah lori yang hilang kawalan disebabkan mengalami masalah brek.

Katanya, sepuluh daripada 15 mangsa mengalami cedera ringan manakala selebihnya dirawat di dua hospital berbeza.

“Lori itu merempuh beberapa kenderaan di atas jalan akibat disyaki mengalami kegagalan brek.

“Dianggarkan 48 kenderaan mengalami kerosakan dalam rempuhan itu. Syukur tiada mangsa yang terkorban,” ujarnya.

Kenderaan yang rosak dialihkan oleh pihak berkuasa berikutan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Berdasarkan saksi, lori tersebut dilihat dipandu dalam keadaan laju dan merempuh kenderaan lain.

“Saya berada dalam salah satu kenderaan. Bersyukur saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius kenderaan, tetapi beg udara terkeluar.

“Berbeza dengan kenderaan lain yang rata-rata musnah teruk dan sebahagiannya mengerikan,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram