Pemimpin BN, PN berkumpul bincang calon PM ke-10


  • Politik
  • Selasa, 22 Nov 2022

Kedua-dua parti tersebut membuat pertemuan bagi membincangkan soal perbentukan kerajaan.

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Khaled Nordin mendedahkan pemimpin perlu menandatangani akuan berkanun (SD) untuk memilih calon perdana menteri.

Perkara itu dilakukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada Selasa membincangkan hala tuju gabungan itu.

“Tetapi agenda utama adalah hala tuju parti,” katanya ringkas di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Ditanya calon mana yang akan dia sokong dalam SDnya, dia menjawab secara berseloroh: "Mungkin saya."

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata beliau tidak boleh mendedahkan agenda itu.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang keutamaan calon perdana menteri, beliau berkata: "Walaupun ada pilihan peribadi, kita perlu ikut parti."

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, beliau tidak akan menandatangani sebarang SD sekiranya ia melibatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kanan) ketika hadir ke kediaman Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pengerusi PN Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kanan) ketika hadir ke kediaman Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur.Bernama

Beliau menambah bahawa ini kerana tiada sesiapa, termasuk dirinya sendiri, boleh membuat keputusan sedemikian kerana ia perlu secara kolektif.

“Kita perlu mendapat persetujuan daripada semua pemimpin Barisan Nasional jika kita mahu membuat keputusan baharu,” tambahnya.

Jalaluddin, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan antara yang tidak menghadiri mesyuarat di Hotel Seri Pacific pada Isnin (21 Nov) atas sebab kesihatan.

Dalam perkembangan sama, kenderaan membawa beberapa pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) dilihat memasuki kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur sejak 9.50 pagi Selasa.

Antara yang dilihat adalah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan, susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam bahawa proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik bagi pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri dilanjutkan hingga 2 petang Selasa.

Kemelut politik negara pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 memasuki hari ketiga pada Selasa selepas keputusan pilihan raya menunjukkan tiada mana-mana parti politik meraih majoriti mudah 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Sementara itu, Hamzah dalam satu kenyataan semalam memaklumkan PN telah mengemukakan lebih 112 surat akuan berkanun daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram