[VIDEO] Pasangan gatal lempias nafsu di kaunter sebelum bayar barang


  • Tular
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Tangkap layar video aksi jijik pasangan kekasih tersebut di tempat awam.

UMUM mengetahui bahawa budaya ketimuran mengamalkan kesopanan tidak kira di mana-mana jua seseorang individu itu berada.

Namun, perkara itu bertentangan dengan sepasang kekasih yang tidak segan silu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), lelaki terbabit dilihat memeluk teman wanitanya dari arah belakang.

Pada masa sama, kedua-dua tangan lelaki itu juga dilihat menjalar pada buah dada wanita terbabit sebelum menyandar kepalanya di bahu wanita itu.

Wanita itu yang menyedari dirinya diraba hanya membiarkan sahaja perkara berkenaan berlaku.

Aksi jijik itu dilakukan ketika wanita tersebut sedang membayar barangan dibeli di kaunter pembayaran dekat sebuah pasar raya.

Apa yang menjadi tanda tanya, wanita itu yang dilihat bertudung labuh sudah pasti mencemarkan maruah umat Islam.

Tidak dapat dipastikan masa dan lokasi sebenar kejadian itu, namun ia dipercayai berlaku di negara jiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram