[VIDEO] 'Undi bukan rahsia' , wanita dikecam rakam aksi pangkah calon parti pilihan


  • Tular
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Menjadi kesalahan undang-undang bagi seseorang memuat naik gambar di bilik mengundi.

SEORANG wanita teruk dikecam teruk di media sosial kerana disyaki melanggar undang-undang pilihan raya pada Sabtu.

Perempuan yang dikenali sebagai Nur Liyana bertindak memuat naik video dalam TikTok menunjukkan kertas undian miliknya bagi Pilihanraya Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam video berdurasi 28 saat tersebut, wanita berkenaan meletakkan kapsyen video 'Undi bukan lagi rahsia'.

Hasil pemerhatian Majoriti, Nur Liyana dilihat memangkah kertas undi untuk mengundi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N16 Kamunting pada PRU15.

Dalam videonya itu, dia dilihat memangkah petak undi See Tean Seng yang merupakan calon PN bagi kerusi Parlimen P60 Taiping pada PRU15.

Susulan itu, ramai pihak mula mengecam pemilik akaun TikTok itu kerana menjadi kesalahan undang-undang bagi seseorang memuat naik gambar di bilik mengundi.

Walaupun video yang dimuat naik pada pukul 2 petang tersebut telah dipadamkan, namun seorang pengguna Twitter @ketengahketepi sempat memuat semula video berkenaan di akaun media sosial miliknya dan mempersoalkan tindakan wanita berkenaan.

"Ada lagi yang record time undi," tulisnya sambil menunjukkan emoji menggelengkan kepala.

Menjengah ke ruangan komen, seorang warga maya, @frhlyna mempersoalkan tindakan wanita tersebut.

"Woww kenapa orang itu tak letak phone dekat tempat yang disediakan? Saya phone dalam beg juga, sebab ikut arahan saya letak saja dalam bekas itu. Jenis suka record ni mesti tak tengok arahan dekat depan pintu kelas tu," tulisnya.

Untuk makluman, tindakan berkongsi atau mendedahkan kertas undi SPR merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram