JENAYAH buli tidak hanya berlaku di tanah air, namun turut melibatkan pelajar di luar negara.
Begitulah yang berlaku ke atas seorang pelajar yang pengsan akibat ditendang beberapa kali di kepala.
Meskipun mangsa dipakaikan topi keledar, namun berdasarkan video yang tular jelas menunjukkan suspek menendang dengan kuat.
Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia itu baru-baru ini, dturut dikatakan tidak mendapat perhatian daripada pihak sekolah.
Ini kerana barisan guru ingin menyembunyikan perkara tersebut dengan alasan menjaga nama baik sekolah.
“Pihak sekolah tak mahu libatkan polis kerana meminta untuk diselesaikan sendiri antara sesama pelajar.
“Perkara itu dibuat kerana mereka mahu selesaikan sendiri demi menjaga nama sekolah mereka,” kata pemilik video.
Perkara tersebut sekali gus memicu kemarahan warganet memandangkan sekolah tidak mengambil sebarang tindakan.
“Ayuh tularkan video ini agar mereka mengambil tindakan. Perkara ini seharusnya tidak patut berlaku.
“Sebagai pelajar ini sepatutnya tidak wajar berlaku terutama di bilik darjah sekolah,” kata seorang pengguna media sosial. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram