SEORANG lelaki berdepan detik-detik cemas apabila lehernya terjerut dengan bendera parti ekoran tersekat pada rantai motosikal.
Kejadian tersebut dirakam oleh pengguna media sosial dan dimuat naik ke TikTok, farihh_ahhmaddhanni pada Jumaat.
Berdasarkan rakaman, mangsa dilihat terbaring di atas jalan sementara beberapa penunggang motosikal dan pemandu kenderaan berusaha untuk menolongnya.
Dalam pada itu, kedengaran individu yang mengatakan motosikal mangsa nyaris dilanggar motosikal lain dari belakang.
Namun, difahamkan kenderaan tersebut berjaya mengelak daripada melanggar mangsa.
Insiden tersebut berjaya menarik perhatian warganet yang mengkritik lelaki terbabit kerana taksub berpolitik sehingga membahayakan nyawa sendiri.
“Hati-hati dik. Wakil rakyat tidak tanya khabar dah lepas ini,” kata Yani.
“Nak seronok pun ada had, pengakhiran tidak tahu bagaimana lagi,” kata Syahh.
Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian dan nasib mangsa bagaimana tidak diketahui. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram