
CALON Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau merapatkan kedudukan dengan calon parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Joniston Bangkuai di kerusi Parlimen Tuaran.
Berdasarkan laman myundi, Madius Tangau yang juga penyandang kerusi itu memperoleh undi tidak rasmi sebanyak 13,564, manakala Bangkuai pula mendapat 13,507 undi setakat pukul 10.45 malam Sabtu.
Mengekori di belakang adalah Boby Bin Lewat (Bebas), Jo Anna Henley Su Rampas (Parti Warisan Sabah), Muminin Borbinsha (Parti Pejuang Tanah Air) dan Noortaip Suhaili @ Sualee (Bebas). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram