[TIDAK RASMI] Bee Yin, Gobind selesa mendahului di Selangor


  • Politik
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Bee Yin merupakan penyandang kerusi Parlimen Bakri dan menggantikan Gobind di Puchong pada PRU15.

PAKATAN Harapan (PH) mendahului di dua kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Di Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin selesa mendahului dengan 11,762 undi meninggalkan Syed Ibrahim (Barisan Nasional) (BN) dengan 987 undi, Chew Jyh Gang (508 undi) dan Kuan Chee Heng @ Uncle Kentang (141 undi).

Sementara itu, di Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo (9,706 undi),Lim Si Ching (985 undi) dan Tan Gim Tuan (964 undi).

Bee Yin merupakan penyandang kerusi Parlimen Bakri dan menggantikan Gobind di Puchong pada PRU15.

Gobind yang juga penyandang Parlimen Puchong bagi tiga penggal berturut-turut bertanding di Damansara kali ini bagi menggantikan penyandang, Tony Pua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram