Keputusan rasmi menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang di Parlimen Igan.
Calon GPS, Ahmad Johnie Zawawi menang selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti berjumlah 14,662.
Dalam pada itu, keputusan tidak rasmi menyaksikan GPS mendahului lebih 20 kerusi daripada 31 Parlimen di Sarawak.
Di Parlimen berkenaan, terdapat 28,290 pengundi berdaftar dengan 16,986 jumlah undi menjadikan peratusan keluar mengundi sebanyak 60.04%. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram