Pusat jumlah undi di Gombak 'blackout', TNB sahkan berlaku kerosakan dalaman


  • Politik
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Tangkap layar insiden 'black out' di Kolej Vokasional Gombak pada Sabtu. — Facebook

SEBUAH pusat penjumlahan undi di Parlimen Gombak dikatakan mengalami bekalan elektrik terputus.

Difahamkan insiden 'blackout' itu di Kolej Vokasional Gombak (SM Teknik, Gombak).

Ketika ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendahului dengan undi tidak rasmi 33,540 undi.

Pencabar terdekat Amirudin yang juga tok gurunya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketinggalan dengan 23,260 undi.

Kedua-dua calon heavyweight itu dicabar calon BN, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (12,834), Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir (Gerakan Tanah Air) (958) dan seorang calon Bebas, Zulkifli Ahmad (265).

Untuk rekod, pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam PRU15 bagi Parlimen Gombak ialah 206,744.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian bekalan elektrik terputus di Gombak itu.

"Merujuk video gangguan elektrik di Kolej Vokasional Gombak (SM Teknik, Gombak). Bekalan TNB disahkan baik dan teratur.

"Ia berpunca dari kerosakan dalaman di pihak pengguna dan disahkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram