KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar tidak menepati ramalan untuk memenangi kerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau ketinggalan selepas terlebih dulu mengatasi perebutan kerusi yang menjadi kubu kuat Pakatan Harapan (PH) itu.
Penyandang kerusi Parlimen Rembau hanya mendapat 48,250 undi, diekori rapat pencabar, Ramanan Ramakrishnan yang memperoleh 50,943 undi.
Selain Ramanan, Khairy berdepan lima lagi calon lain iaitu Ghazali Hamin (Perikatan Nasional) (PN), Akmal Yusoff (Pejuang), Ahmad Zukri Faisal (Parti Rakyat Malaysia) dan dua calon Bebas.
Penyandang Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa yang memegang kerusi itu selama tiga penggal untuk PH, digugurkan daripada bertanding kali ini kerana masalah kesihatan.
Parlimen Sungai Buloh memiliki komposisi seramai 158,090 pengundi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram