Kongsi bekas dakwat, pesakit Covid-19 risau dan kecewa kawalan di pusat mengundi di Klang tidak memuaskan


  • Politik
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Orang ramai mula membanjiri pusat mengundi seawal pukul 7 pagi.

SEORANG pesakit Covid-19 meluahkan rasa kecewanya selepas mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal menyediakan penjarakan dan kawalan rapi ketika menjalankan proses mengundi di daerah Klang, Selangor.

Wan Ahmad Farhan, 24, kesal dengan fasiliti dan proses mengundi yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas, Klang apabila tidak diberi keistimewaan sebagai pesakit wabak itu.

WhatsApp Image 2022-11-19 at 1.16.51 PM

Wan Ahmad Farhan, 24.

“Tak nafikan memang ada kelebihan yang diberikan pada pesakit Covid tapi laluan dan saluran bilik mengundi kami masih di tempat yang sama dengan pengundi lain.

“Apa yang membezakan, kami hanya tidak perlu beratur panjang dan boleh terus potong barisan mengundi.

“Tapi saya risau dengan keselamatan orang lain yang berada di sekeliling, saya terpaksa meredah laluan sesak di tangga dan mereka tak tahu yang saya ini pesakit Covid,” katanya kepada Majoriti.

Tambahnya, bekas dakwat hitam yang digunakannya juga tidak diasingkan dengan pengundi yang lain.

“Dakwat hitam yang saya guna juga tidak diasingkan dengan pengundi lain, jadi saya pun rasa serba salah bila celupkan jari dalam bekas itu.

“Harap pihak pengurusan lebih peka dengan situasi pengundi Covid macam saya, bukan apa cuma risau kesihatan orang lain yang mungkin boleh berjangkit,” katanya.

Menurut salah seorang petugas di situ, isu itu belum dapat dipastikan lagi susulan belum ada sebarang aduan dikemukakan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram