Bekas kapten The Rhinos meninggal dunia


  • Podium
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Ahman (dua dari kanan) merupakan idola dunia bola sepak Sabah FC. — Agensi

DUNIA bola sepak Sabah dikejutkan dengan pemergian bekas kapten pasukan, Ahman Omar Khan yang disahkan meninggal dunia pada Sabtu pagi.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Sabah FC dengan menyampaikan salam takziah kepada keluarga serta kenalan arwah.

Ahman pernah beraksi bersama skuad Sabah FC selama tiga musim iaitu pada 1984 hingga 1987, selain diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan.

Sebelum ini, Ahman dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat sehingga menarik perhatian beberapa pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang tampil memberikan sumbangan kepadanya.

Dia pernah beraksi bersama barisan legenda Sabah FC seperti James Wong, Hassan Sani dan Peter Rajah ketika pasukan Borneo itu beraksi dalam liga semi-pro. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram