[VIDEO] Samseng George Town cari pasal, bergaduh dengan polis di Love Lane


  • Tular
  • Rabu, 16 Nov 2022

Tangkap layar pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki dan dua pegawai polis di Love Lane, George Town, Pulau Pinang awal pagi Rabu.

SEKUMPULAN lelaki dilaporkan terlibat dalam satu pergaduhan besar berhampiran sebuah kelab malam di Love Lane, George Town, Pulau Pinang pada awal pagi Rabu.

Pergaduhan itu turut melibatkan beberapa pegawai polis yang berada di lokasi kejadian apabila kesemua mereka dilihat saling bertumbuk dan berbalah antara satu sama lain.

Punca kejadian masih belum diketahui, namun sekumpulan lelaki itu terlebih dahulu dipercayai bergaduh sesama sendiri sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Dikongsikan di laman Facebook, rakaman itu hangat diperkatakan warganet dan menerima lebih 500 jumlah tontonan setakat ini.

Berdasarkan rakaman itu, kedua-dua polis terbabit dilihat cuba memberkas dan menangkap suspek berbaju kuning dan berseluar pendek tersebut namun cuba dihalang beberapa lagi lelaki lain ketika kejadian.

Gagal mengawal kemarahan, polis terbabit kemudiannya mempertahankan diri sekali gus menyebabkan situasi bertambah serius.

Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati, rata-rata warganet mengecam perbuatan lelaki tersebut.

"Berani betul melawan, dia ingat boleh terlepas ke kalau bergaduh dengan polis," kata Ridzuan Mohd.

"Patutnya polis tembak dengan pistol elektrik, susah sangat nak bercakap guna tangan, tembak sekali baru tahu diam penjahat itu semua," jelas Ahmad Fikri.

"Nampak macam kes mabuk, mungkin juga suspek baru lepas keluar dari kelab malam dan bergaduh sesama sendiri," tambah Wan Ahmad Farhan.

Setakat ini belum ada sebarang maklumat berhubung kejadian itu dan Majoriti sedang berusaha mendapatkan informasi tambahan daripada pihak polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram