[VIDEO] 'Dah mula main wayang', terima upah RM50 cabut bendera parti politik


  • Tular
  • Rabu, 16 Nov 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang pemuda didakwa menerima bayaran untuk menurunkan bendera parti politik di sekitar Sabah.

PERSAINGAN politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilihat semakin rancak apabila setiap parti mula mempamerkan rancangan dan manifesto tersendiri bagi memenangi hati rakyat.

Namun, tidak kurang juga ada yang menggunakan taktik kotor dengan mensabotaj parti tertentu bagi mendapatkan sokongan menjelang hari mengundi.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi rakaman video tular apabila seorang lelaki didakwa menerima bayaran untuk menurunkan bendera parti di kawasan sekitar Sabah.

Dikongsikan di laman TikTok, situasi itu difahamkan sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu bagi meraih perhatian pengundi.

Menurut rakaman tersebut, pemuda berkenaan dikatakan menerima bayaran sebanyak RM50 untuk mengalihkan bendera terbabit.

Meskipun pemuda itu didapati bersalah, ada pihak berpendapat bahawa situasi terbabit sengaja direka bagi menimbulkan kemarahan antara penyokong kedua parti politik tersebut.

Hasil tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata warganet menjangkakan bahawa ia merupakan satu situasi yang dirancang.

"Wayang je rasanya, nampak sangat nak jatuhkan imej parti politik Barisan Nasional sebab lelaki itu pakai baju bendera dacing," kata duniakudakwah.

"Tipu sahaja ni, jangan percaya kerana mustahil ada orang yang kasi duit suruh rosakkan bendera parti lain, ini memang taktik nak cetuskan kemarahan," jelas tahaduppa.

"Tiada bukti dia dibayar, lelaki yang rakam ini yang banyak tanya paksa dia kata dibayar padahal tiada apa pun sebenarnya," tambah tuptupletup.

"Nampak sangat parti politik sengaja upah lelaki itu, mesti sebab takut kalah dalam pilihan raya nanti," ujar KinggLa.

Namun, belum ada sebarang maklumat dan pengesahan lanjut berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram