BERBAKI empat hari sahaja lagi sebelum pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), salah seorang calon yang bertanding meninggal dunia.
Calon kerusi Parlimen Padang Serai dari PKR, M. Karupaiya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kulim, Kedah pada pukul 2.20 petang Rabu.
Memetik laporan Astro Awani, berita sedih mengenai pemergian mendiang yang juga penyandang bagi kawasan Padang Serai disahkan oleh anak perempuan beliau, Dippah.
Difahamkan, mendiang dimasukkan ke hospital malam Selasa, selepas mengadu sakit perut, namun setakat ini punca sebenar kematian masih belum diketahui.
Dalam PRU14, Karupaiya menang bergaya dengan majoriti 8,813 undi.
Pada PRU15 ini, kerusi Parlimen Padang Serai menyaksikan persaingan enam penjuru dengan calon dari Barisan Nasional, Datuk Sivaraj Chandran; Hamzah Abd Rahman (Pejuang); Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional); Mohd Bakhri Hashim (Warisan); dan Amanda AK dari bebas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram