'Belum tiba masa KJ jadi Perdana Menteri ke-10'


  • Politik
  • Rabu, 16 Nov 2022

Khairy antara nama yang disebut-sebut mempunyai kredibiliti sebagai Perdana Menteri. — Bernama

MELIHAT kepada senarai nama bakal Perdana Menteri ke-10, boleh dikatakan tiada bezanya dengan pilihan raya terdahulu.

Masakan tidak, ini kerana nama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Zahid Hamidi, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tun Mahathir Mohamad menjadi sebutan penyokong politik masing-masing untuk menyandang tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu negara itu.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa senarai ‘pucuk muda’ yang harus diberi perhatian dan wajar mendapat peluang.

Tambahan pula, generasi muda masa kini sudah cakna dengan transisi politik semasa yang pasti memerlukan perubahan agar tidak lagi berada di takuk lama.

PRU15

Perubahan itu tentu sahaja boleh dilakukan daripada pucuk kepimpinan asas sekali gus meletakkan pemimpin Malaysia setanding dengan negara luar yang mengambil orang muda untuk menyandang jawatan penting itu.

Lihat sahaja Presiden Chile, Gabriel Boric yang menjadi Presiden ketika berumur 35 tahun manakala Giacomo Simocini diangkat sebagai Ketua Negeri di San Marina, Itali semasa berusia 26 tahun.

Begitu juga dengan El Salvador yang melantik Nayib Bukele sebagai Presiden pada umur 40 tahun sementara Calors Alvarado yang sebelum ini merupakan bekas wartawan menjadi menjadi Presiden Costa Rica ketika berumur 38 tahun.

Melihat kepada itu, mungkin negara juga sudah bersedia untuk memberi amanah kepada orang muda untuk mentadbir negara. contohnya Khairy Jamaludin.

Sebelum ini, Ismail Sabri menyifatkan Khairy mempunyai kemampuan dan kredibiliti untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Namun calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Selangor itu dilihat masih memerlukan masa untuk memegang peranan itu.

Malah Khairy sendiri pernah memberitahu dirinya menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri. Perkara itu dilihat jelas apabila negara berhadapan dengan peningkatan pengundi muda khususnya golongan pelajar Institut Pengajiran Tinggi (IPT).

majoriti2022 (3)

Tangkap layar beberapa komen yang menyokong dan menafikan peluang Khairy sebagai Perdana Menteri.

Melihat ruangan komen di Facebook, pengguna media sosial mempunyai pandangan berbeza terhadap pemimpin berusia 49 tahun itu sekiranya dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Biar aku tidak suka BN tapi aku suka cara kerja KJ ini salesman vaksin. Bolehlah angkat dia Perdana Menteri satu hari nanti. Ada kaliber, tak dinafikan,” kata Putra Mjey.

“Jadi Menteri Kesihatan pun banyak kena sumpah sama rakyat. Fikir-fikirkanlah,” kata Megat Mohd.

“Bagi aku Rafizi sebenarnya layak Perdana Menteri,” kata Saiyo Gapuak Kiril Dore.

Sementara itu, terdapat warganet yang meluahkan sokongan padu terhadap Khairy dan bersedia untuk berhadapan dengan perubahan negara.

“Satu masa nanti? Ingat KJ tu budak baru habis IPTA atau IPTS ke? Pemimpin atasan kena berlapang dada beri laluan muka baru mentadbir dengan idea yang fresh (segar) dan lebih bertenaga,” kata Wb Joe.

“Satuju. Cuma syarat belum lepas lagi. Syarat untuk jadi PM Malaysia mesti sudah tua,” kata Kamarul Shahril Kamarudin.

“Mari saya translate (terjemah) Ismail kata ‘Suatu masa nanti, hang (kamu) boleh jadi PM, mungkin masa umur 80, sambil tu tolong jangan kacau aku’,” kata Mohd Asraf Gulam Nabi.

Untuk rekod, Khairy yang sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan sejak 2008.

Khairy juga pernah berkhidmat sebagai wartawan di The Economist dan mengendalikan rancangan program bual bicara, Dateline Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram