Penduduk BTR tolak calon 'dapat kerusi hilang entah ke mana'


  • Massa
  • Rabu, 16 Nov 2022

Tiga calon yang bertanding untuk Parlimen Bandar Tun Razak (dari kiri) Wan Azizah, Chew Yin Keen dan Kamarudin.

TIDAK mahu calon yang sekadar ingin menang kerusi Parlimen sahaja.

Itu yang ditegaskan Pengerusi Persatuan Penduduk Razakmas 2, Yusof Abd Rahman, 70, ketika ditanya mengenai calon yang bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak (BTR).

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

Menurut Yusof, tak kisah siapa pun calon yang menang, kepentingan penduduk perlu menjadi keutamaan dan bukan sekadar mahu menang untuk parti sahaja.

"Kita mahu calon yang kalau menang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), dia akan sentiasa bersama dengan rakyat.

"Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk rakyat dan peruntukan sebagai Ahli Parlimen itu juga sebenarnya adalah untuk penduduk Bandar Tun Razak.

WhatsApp Image 2022-11-16 at 1.32.52 PM

Pengerusi Persatuan Penduduk Razakmas 2, Yusof Abd Rahman.

"Kita tak mahu calon yang sekadar hendak menang kerusi sahaja kemudian hilang entah ke mana," katanya kepada Majoriti.

Untuk rekod, Bandar Tun Razak menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (Datuk Chew Yin Keen), Pakatan Harapan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan Perikatan Nasional selaku penyandang, Datuk Kamarudin Jaffar.

Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU14 menyaksikan Kamaruddin menang atas tiket PKR.

Namun, Kamaruddin yang juga Timbalan Menteri Luar bertindak meninggalkan PKR untuk bersama Perikatan Nasional yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, Dr Wan Azizah pula merupakan muka baharu yang bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak selepas meninggalkan Parlimen Pandan yang dimenanginya pada PRU14. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram